April 26, 2012

ANDAIAN (:

andaian demi andaian, 
tuduhan demi tuduhan,
cacian demi cacian,
akhirnya kau pergi tinggalkan aku.
pernahkah kalian rasa begitu ?

Hanya kerana satu andaian tidak berasas ?
Hanya kerana satu persoalan yang tiada jawapan ?
Hanya kerana satu penipuan tanpa penjelasan ?
Dan yang terjadi satu TUDUHAN ?

sayang seribu kali sayang :)
Andai andaian itu tak berasas,
persoalan itu tak terjawab,
dan penipuan itu tiada penjelasan,
Tapi dirimu yang diabaikan.

Salahkah aku membuat andaian ?
Salahkah apa yang aku persoalkan ?
Salahkah aku meminta penjelasan ?

Tak salah sayang :)
Yang salah andaianmu itu,
Yang padaku tidak patut kau andaikan.

Tak salah sayang :)
Yang salah soalanmu itu,
Yang padaku kau tahu jawapannya.

Tak salah sayang :)
Yang salah tuduhanmu itu,
Yang padaku memang tak perlu dijelaskan.

Andaian, 
Jangan sesekali mengandaikan.
Jangn sesekali serabutkan akalmu dengan andaian.
Kerana andaian, kau hilang segala impian yang kau ANDAIKAN :)

No comments:

Post a Comment