May 10, 2012

Nota ringkas buat IBU (:


Aidah Binti Zainal - Ibu Ibu , Engkau lah RATU hatiku (:

Emak , sy selalu cakap sy syg mak. Tp mak gelak je, cehh ! Tak caye lah, mak kata mcm tu. Tskk tskk sedihh.Okay , 1st , Terima kasih sebab lahirkan sy. Bersyukur sebab sy keluar dr rahim seorang ibu yang penyabar & penyayang & sporting gila macam mak . Alhamdulillah . 

Dulu kecik-2 mak kata ada org nak amik sy, tp mak taknak bg. Sy tanya kenapa ? Mak kata sayang lah, sy pun tak caye . haha, balas dendam. Tp dalam hati sy gembira.

Mak , You're my Bestfriend, my girlfriend, my enemies (Fight kekadang) haha & You're everything mum. If only you know, How much I love, I need & I miss you know (Nak nagis pulok) 

Kadang-kadang kesian tengok mak, layan kerenah kami. Haha, anak mak nih semua degil. Penat mak marah, mak nasihat, mak tegur. Tapiii keluar balik. Tak singgah pun kat otak kami ni. Nak lagi adik-2, tp mak sabar je layan kami. Kadang mak merajuk, kami pujuk, Mak comel bila merajuk. Mcm nak tium-2 je :) Kadang-2 abah marah mak sebab KAMI, tapi mak senyum je. Mak takmarah pun, Mak memang kuat, sabar & tabah kan ? 

Malam tu, sy tidur sebelah mak (Memang selalu pun menyibuk nak tidur dgn mak) Sy nampak mak nangis dalam tidur. Mesti mak penat kan ? Penat bangun pagi, masak, kemas rumah, layan kami, macam-2 lagi. Sedih sangat. Owg tau, mak bukan tidur pun. Bila owg panggil, mak mesti sedar. Pagi-2 lagi mak dah bangun kejut kami. Mak baik sangattt *Huwaaa , nak nangis.

Mak sporting , mak boleh begurau. Kadang tu tak larat layan mak begurau. Heee, mak comel tau tak. Bila mak tegur , sy selalu buat tak dengar. Tp sy buat jugak kan ? Mesti mak geram. Kadang-2 mak suruh makan. Tp sy suka study lewat2 sampai tak makan, mak ngadu kat cikgu. Cikgu mara sy. Ceitttt ! *ade ke patut. Selalu mak ajak makan, sy malas. Sy duduk sebelah mak, mak suapkan. Ngada kan ? Rindu nak mak suap. 

Mak ouh mak , bila sy tak solat , bila sy buat salah. Sy kesian kat mak, kat abah. sebab kena tanggung dosa sy sekali. Sedih bila ingat semua tuh, sy tahu mak dah tak larat. Mak dah penat nak nasihatkan. Tp mak tetap buat sebab mak sayangg sangat kat kami. Mak tak putus asa.

Mak , sy mintak maaf. Even mak tak baca nota nih. Tp sy dah sampaikan pada Allah , syukur sy sebab dibesarkan oleh seorang ibu mcm mak. Ikutkan banyak sangatt nak cite pasal mak, tp tak terceruta sebab mum you're soooo awesome. 

You're the best mum, no one can replace you. Never. ILOVEYOUSOMUCH EMAK (:

Lastly - Selamat Hari Ibu , emak :)

May 7, 2012

HIPOKRIT KE AKU ?

Elok-elok tengah study sambil dengar lagu Somebody That I Used To Know - Gotye nih aku terasa nak tulis something kat blog 'sunyi' aku nih. Pasal apa yang berlaku tadi tengahari masa aku nak ke pejabat pos.

Biasa lah , aku kalau berjalan bertiga je. Dengan dua bestiee comel momey aku. Dok jalan-jalan nih terserempak dengan seorang gegurl. Cantik budaknya, Hot setaff merangkap model gituuu. Seriusly dulu kami pernah rapat, pernah jadi sangat akrab. But then, sebab satu benda yang tah apa penyebabnya. Salah faham dari pihak lain , kami macam bertelagah. Macam dah lupa yang dulunya kami kawan yang agak rapat. Arghhh, mudahnya persahabatan terputus. Macam tali benang. Sedih siottt -.-''

Masa terserempak, dari jauh aku dah pikir. Ouhh, What The Fish setelah sekian lama boleh terserempak pulok ? Adehhh, apa aku nak buat nih ? Buat muka masam macam mati laki tapi aku tade laki lagi. Ke nak senyum manis-manis macam ada gula kat bibir ? Nahh, aku pun sepantas kilat senyum je lah. Tudiaaa, senyum manis campur masam. Dah macam siakap tiga rasa aku rasa muka aku. hahaha. Yang si dia, berjalan dengan laju & senyum macam biasa. Ouhh my God, ape masalah aku ?? Dia nmpak okayy ja. Aku nih dok kalut sangatt pasaipa pun taktauu *ayat ape nih ?

Then, aku pun teruskan perjalanan. Dalam hati dok terdetik, hipokritkah aku bila aku senyum tapi dalam hati ada rasa sangsi ? Bila dalam hati masih ada benda ingin aku tangisi ? So, apa korang rasa ? Kekadang tu, tak salah jadi hipokrit utk jaga hati pihak lain. Bukankah hidup ni sangat bermakna bila kita dapat senangkan hati orang lain ? Hati kita ? Alaaaa, macam tak biasa. Hati kita dah biasa sakit, sakit yang selalu kau rasa. Dah kebal pun haa hati tu. Kalau nak masak confirm kena rebus seratus lima belas kali. *tipu benoooo.

So, kepada awak yang pernah jadi kawa baik saya dulu. Tak kira lah siapa awak. Mesti awak tak sedar betapa jauhnya jarak kita. Sedangkan dulu, kau dan aku ibarat isi dan kuku, aur dan tebing, kacang dan kulit dan bla bla bla. haha, Bukan kepada dia yang aku jumpa tadi. Tapi pada semua :) Aku still ingat korang. Even korang rasa aku sombong, inilah aku. Dalamannya, kau masih aku ingat babe. Serious.


Hoi, sape hipokrit pakai patung nih, BERANI ? Scaryy gilaa. Asal aku letak kat sini ? Puiiii .


# Dah dah blogging, esok ade midterm. Doakan saya please. Usaha come 1st. Go go *cakap kat diri sendiri lah weyy :DD Thanks read this beautyyy & ncemmmm boyy (Muntah)

May 1, 2012

KEPADA BAKAL SUAMIKU (:

Asslammualaikum wahai bakal suamiku (:
Aku dicipta dari tulang rusukmu, kau pun tahu kan.
Tapi tahukah kau bakal suamiku ? Aku pun tak tahu.
Aku mintaa maaf selama ni aku mendustai cintamu,
Kerana mencintai insan lain sebelummu.

Wahai bakal suamiku (:
Peganglah kata dan janjiku ,
Andai Allah tetapkan jodoh kita, akan ku cinta kau hingga ke syurga.

Andai aku menjadi isterimu , Akan ku janji kebahagiaan untukmu.
Aku janji akan jadi kekasih terbaikmu,
Aku janji akan jadi ibu terbaik untuk anak-anakmu.
Aku janji akan jadi kawan terbaikmu,
Aku janji akan menjadi pendengar setiamu,
Aku janji akan menjadi sebahagian dari kesusahan dan kesenanganmu,
Aku janji akan setia, jujur, ikhlas mencintaimu,
Aku janji hingga matiku, takkan ku sia-siakanmu.
Aku janji, kaulah segala-galanya bagiku.


Hes The Only One

Daripada bakal isterimu - Lynnda Rahmat.

April 29, 2012

CINTA TANPA HARGA

Awak awak awak awak awak , Sayangnya saya kat awak tak terhingga ,
Tak terkata & tak terkira .Tapi awak selalu buat macam endah tak endah je.
Depa kata awak sayang tapi tak tunjuk, saya kata awak memang tak sayang pun lah.
Awak dulu, awak sekarang, awak lain.

Awak sayang saya ke ?
Awak benci saya ae ?

Kalau sayang saya, kenapa saya nangis awak tak lapkan air mata ?
Malah awak herdik saya mcm saya tak ada telinga -..-''
Kalau sayang saya, kenapa awak selalu marah saya ?
Malah tengking saya sampai keluar air mata.
Kalau sayang saya, kenapa awak selalu buat saya sedih ?
Malah awak suka kalau saya menangis, awak tak sedih ke ? (Fuhh, sikit pun tak kot)

Kalau sayang saya, kenapa awak tak suka layan saya ?
Malah tu, awak tak angkat kol, tak blas meseg apa.
Kalau sayang saya, kenapa awak tak buat saya gembira ?
Malah hari-hari awak cari salah saya.

Kalau Kalau & kalau awak sayang saya kan, kenapaaaaa ?
Kenapa awak tak hargai saya macam saya hargai awak ?
Kenapa awak tak percayakan saya macam saya percaya kat awak ?
Kenapa awak tak sayangkan saya macam saya sayang awak ?
Kenapa awak tak boleh maafkan kesalahan kecil saya macam saya maafkan kesilapan besar awak ?
Kenapaaaa ?

- Damn ! banyaknya kalau yang boleh saya tanya. Dan awak buat macam tak kisah je. Sayang ke tu namanya?



Awak yang saya sayang , Ingat nih (:
sebanyak manapun awak sakitkan hati saya, saya tetap sayangkan awak , maafkan awak .
Tapi , jika satu hari nanti saya tak mampu maafkan awak, ketahuilah yang benci saya pada awak akan kekal sampai bila-bila. Maaf Maaf Maaf. Sebesar-besar luka awak, besar lagi derita saya.


HARGAI SAYA - Lynnda Rahmat

April 28, 2012

TERLALU BERHARAP

Sayangg , jangan kau terlalu berharap pada si gincu merah.
Jauh sungguh beza kalian,
Jauh sangat keserasian,
Jauh lagi untuk berkenalan.

Cantik anggun ayu jelita si gincu merah,
Bila berjalan, mata menatap takmau hilang bayangan.
Bila tersenyum, panas hatimu menjadi sejuk.
Bila ketawa, hati rasa berbunga-bunga.
Bila sedih, kau pun turut terasa.
Bila dia berkata-kata, bahkan matamu tak terkedip jua.
Tinggi harapanmu pada si gincu merah, aku sedar.

Jangan sayang jangan,
Jangan kau lukakan hatimu sendiri,
Jangan kau bebankan fikiran warasmu,
Jangan kau tanamkan rasa rindu,
Jangan kau tuai sebenih pun cinta,
Jangan sekali pun kau berharap padanya.

Dia milik orang,
Dia sudah ada yang sayang,
Dia sudah ada pinangan,
Si gincu merah sudah ada teman.

Jauh jauh jauhkan dirimu sayang,
Tinggalkan bayangan, jangan dicipta kenangan.
Jangan berharap dengan senyuman.
Jangan berharap hanya dengan jelingan.
Jangan berharap dengan bicara simpulan.

Jangan TERLALU BERHARAP pada yang berpunya.
Si gincu merah itu, hadirnya cuma sedetik saat sahaja.

never HOPE for me,
Cause I never HOPE for you too.

HARAPAN - Lynnda Rahmat

April 26, 2012

ANDAIAN (:

andaian demi andaian, 
tuduhan demi tuduhan,
cacian demi cacian,
akhirnya kau pergi tinggalkan aku.
pernahkah kalian rasa begitu ?

Hanya kerana satu andaian tidak berasas ?
Hanya kerana satu persoalan yang tiada jawapan ?
Hanya kerana satu penipuan tanpa penjelasan ?
Dan yang terjadi satu TUDUHAN ?

sayang seribu kali sayang :)
Andai andaian itu tak berasas,
persoalan itu tak terjawab,
dan penipuan itu tiada penjelasan,
Tapi dirimu yang diabaikan.

Salahkah aku membuat andaian ?
Salahkah apa yang aku persoalkan ?
Salahkah aku meminta penjelasan ?

Tak salah sayang :)
Yang salah andaianmu itu,
Yang padaku tidak patut kau andaikan.

Tak salah sayang :)
Yang salah soalanmu itu,
Yang padaku kau tahu jawapannya.

Tak salah sayang :)
Yang salah tuduhanmu itu,
Yang padaku memang tak perlu dijelaskan.

Andaian, 
Jangan sesekali mengandaikan.
Jangn sesekali serabutkan akalmu dengan andaian.
Kerana andaian, kau hilang segala impian yang kau ANDAIKAN :)

TERASA HATI ?

HATI ouhh HATI
dah namanya pun hati, mesti halus perasaannya.
mudahnya nak disakiti,
tak mudah nak pujuk kembali. 
betol takk ?

pernah tak dalam selama korang hidup korang terasa hati dgn sesape.
Mum or dad, Family lain, Cikgu, Kawan-kawan, Bf or gf ?
Mesti pernah kan.
Terasa hati nih mcm benda WAJIB dirasai.
Tak semstinya melalui kata-kata,
mungkin perbuatan, buat muka, buat selamba DLL

bila terasa hati apa korang buat ?
Duduk diam & berpura2 mcm takde ape.
teruskan belagak hipokrit & senyum selebarnya ? - HIPOKRIT sangatt !
terus terang ape korang rasa ?
maki org yg buat korang terasa hati tuh seteruk-teruknya ?
Argghhh pedih pedih. 
makan dalam woii, sakit hati mak ni nok.
kau sedap cakap jee, yg terasa hati tu kau sedar ? TIDAK KAN ??



Haha , dasyat sangat bunyi nya tuh.
kenapa boleh terasa hati kalau hati tu bole buang semua rasa sakit tu ?
buat ape nak pendam rasa sakit hati kalau sakit tu bole diubati ?
Knp nak belagak gembira kalau rasa tuh boleh dikongsi ?
Tell me, WHY ??

Aku pun selalu terasa hati, sakit hati, makan hati & yg sewaktu dgnnya.
dgn sape-sape pun lah aku penah.
apa aku buat ? yeahhh ! ni aku termasuk dalam kategori belagak happy.
senyum sampai telinga padahal hati tengah berapi.
gelak macam tak ingat nak mati.
Haaa, aku lettewwwwww :)

Kenapa ?
sebab aku taknak org yg aku sayang sakit hati jugak.
sebab aku taknak dorang rasa sedih jugak.
sebab aku taknak balas ape yg disakiti tuuu.
sebab aku tau pedihnya bila terasa hati.
sebab aku sayang dorang lebih dari diri aku sendiri.

well , THIS IS ME GUYS.
LYNNDA RAHMAT

The only thing yg aku tauu bila terasa hati.
Pray to Him , Tell Him everything, Crying in front Him,
Only HIM know what I feel.
& then I SMILE.
SMILE like my life is so damnly heaven.

Here you are, This your medicine, here your life, This is your ways 
SMILE :)


Yes you - Lynnda Rahmat :)


April 24, 2012

Kawan Baik :)

kawan baik,
tak semestinya dia seorang yang baik untuk jadi kawan baik,
tak semestinya dia cantik , kacak , segak baru boleh jadi kawan baik.

tak perlu kawan yang sedih bila kita sedih ,
tapi cukup dengan duduk sebelah & dengar cerita kita dgn sabar.

tak perlu gelak bila kita melawak,
tapi cukup dengan hanya pandang dan tersenyum.

tak perlu rasa gembira bila kita gembira,
tapi cukup dalam diamnya dia mendoakan kita.

tak perlu beria-2 buktikan dia lah kawan baik kita,
tapi cukup dengan hanya terima kita apa adanya.

tak perlu hari2 kena ada temankan kita,
tapi cukup dari jauh dia perhatikan kita.

tak perlu tahu segala-gala pasal diri kita,
tapi cukup sekadar tahu yg sepatutnya.

tak perlu rasa dia lah satu-satunya kawan baik kita,
tapi cukup kalau dia tahu, betapa pentingnya dia kepada kita.

tak perlu nak ambil tahu semua tentang kita,
tapi cukup kalau dia tahu, kita perlukan dia.

















So , kepada awak awak semua . kawan baik saya yang comel, kacak , segak & bla bla :D
Tak nak sebut nama semua , korang tahu tak korang kawan terbaik aku ada .
korang lah suka duka aku . korang lah nadi aku tuk gelak ketawa. korang lah sumber insiprasi & bla bla .
just want all of you know, that korang memang AWESOMEEEEE . Loveyoumoreeee bestieee :DD

April 22, 2012

Si Hijabista

GadisHijab Collection : Percubaan pertama.


assalammualaikum W.B.T para gadis berhijab di luar sana :)
Alhamdulillah , setelah lama menyimpan niat,
akhirnya terkabul jugak cita-cita nak buat bisnes on9 nih.
kadang-kadang pikir macam mustahil,
tapi bak kata orang, mana ada benda yang mustahil.
apa yg penting ada niat dan usaha yang kuat.
supaya apa yang di idamkan kita dapat.
bila dah dapat, kenalah usaha utk jaga sebaiknya.
jadi, inilah permulaan bagi bisnes on9 yang sy baru buka beberapa minggu yang lepas.
Syukur kepada Allah S.W.T yang memberi rezeki,
sambutan amat menggalakan walaupun kami baru shj menceburi bidang ni.
terima kasih kepada yang membeli & sokong kami :DD
Kepada sesiapa yang berminat utk dapatkan Koleksi hijab dengan harga yang sangat berpatutan (murah sangat),
jemput-jemputlah menjenguk page kami GadisHijab Collection.com


Tadaaaaaa... INILAH DIA , usaha bersama teman terbaik sy yg comel loteh Adiba Maheran :)





April 21, 2012

SEMANGAT


SEMANGAT
semangat tu penting ke dalam hidup ?
Tengok sekarang macam ramai je yang tak semangat nak hidup.
bila putus cinta je dah hilang semangat.
mak ayah tegur, dah hilang semangat.
cikgu bagi kerja sekolah sikit, dah tade semangat.
buat kerja susah sikit, mengeluh mcm tade semangat.
bila hidup susah je, dah taknak hidup sebab takde semangat.
macam nak taknak je hidup pun ada.
Hoi hoi, Ingat senang ke nak hidup nih ?
kenapa tak semangat nih ?
kemon lah, semangat sikit.
semangat nak jadi pandai , sebab kita bukannya bijaksana.
semangat nak jadi kaya, sebab taksemua antara kita memang dari keluarga berada.
semangat buat kerja, sebab mana ada kerja boleh siap dengan sendirinya.
semangat nak ada keluarga bahagia, sebab ramai diluar sana tak ada keluarga sempurna.
semangat apabila berkawan, sebab sunyilah hidup tanpa teman.
semangat buat kebaikkan, sebab itulah ganjaran di syurga.
semangat tinggalkan keburukkan, sebab itu semua pencetus dosa & neraka.
semangat kumpul pahala, sebab itu yang bantu kita di akhirat sana.
semangat dalam hidup, sebab itu yang buatkan kita terus HIDUP.

| Lynnda Rahmat |

January 13, 2012

exam punya ceritaaa =='

meh , aku nak habaq mai sikit kat hg pasai aku punya exam yang macam HARAM susahnyaa .
gilaa apa bagi soalan macam aku nih budak master . (tudiaaa )
aku nih dah lah bebai , lembab pickup , jawab memang tak dak nak hurai .
bagi soalan payah ooiiii .
memang tiap kali exam aku kuar dewan awal ( hg mampu ?)
bukan sebab dapat jawab pun . sebab paper tu kosong jaa, satg berhabuk biaq lama sangat ta terisi jawapan.
baik pulang balik kat owner dia, betoi dak ?
tujuh paper aku amik tak dak satu pun senang .
semua nak buat aku nangis guling-2. satg aku nyayi lagu Ombak Rindu dalam dewan jangan tanya kenapa.
lect nih pun , TIMBANG RASA lahh sikitt .
baru sem nih kott aku pulun study bagai nak mati (sebab roomate sy rajin)
sekali macam nih dia balas kat aku . nak kata tak USAHA, usaha dah. doa pun dah , so tawakal ja la cik LINDA hoii . nasib lah kalau result hg turun mcm air hujan.

tapiii , paper fizikal nih memang mencabar iman betoii . okaybai

#puas aku bebel, tak lagi. sape nak dengar aku luahkan meh cakap =____=''