April 18, 2013

Lynnda Rahmat: Surat cinta buat Pencipta.

Lynnda Rahmat: Surat cinta buat Pencipta.: Ya Allah, Hari ini hati ku pedih sekali, Aku terasa satu beban dalam jiwa, Aku terasa mahu menangis sekuat-kuatnya, Aku terasa seperti s...

Surat cinta buat Pencipta.

Ya Allah,
Hari ini hati ku pedih sekali,
Aku terasa satu beban dalam jiwa,
Aku terasa mahu menangis sekuat-kuatnya,
Aku terasa seperti semuanya tak kena,

Ya Allah,
Hati ini masih sakit sekali,
Aku mahu menangis, tapi aku malu,
Aku mahu mengadu, tapi aku malu,
Aku mahu meminta pertolongan-Mu, tapi aku malu.

Ya Allah,
Hati ini masih sakit,
Aku menangis depan-Mu,
Aku luahkan segala kekusutan dan masalahku pada-Mu,
Aku mengadu di hadapan-Mu,
Aku mencari-Mu bila ku perlu.
Bodohnya aku.


Ya Allah,
Hati ini kian menangis syahdu,
Rasa terhina dan malu,
Aku malu dengan diriku, malu dengan semua,
Aku malu dengan-Mu.

Tapi Ya Allah,
Hati ini menangis tersedu-sedu,
Air mata kering tidak berlagu,
Aku menangis kerana cintaku pada hamba-Mu,
Aku menangis kerana jahilnya aku,
Aku menangis kerana sakitnya hati ditipu,

Dan Ya Allah,
ketika aku menangis mengadu pada-Mu,
Kau masih sentiasa bersamaku,
Bila aku jatuh dihina, Kau buatku semangat utk bgun semula,
Bila tiada siapa menemaniku ketika berduka, Kau ada dalam jiwa.
Bila aku sedar aku kecewa, Kau masih ada buatku bahagia.

Ya Allah,
Hinakah aku sebagai manusia yang leka ?
Yang pelupa ?
Yang mencari Kau hanya bila aku kecewa ?
Tapi Kau masih mencintaiku,
Kau kuatkan semangatku,
Kau berikanku cinta baru,
Kau lindungiku,
Kau tunjukan khilafnya aku,
Kau berikan aku kehidupan baru,
Kau sinari aku dengan hidayah dan rahmat-Mu,
Kau masih cintai aku sebagaimana hamba-Mu yg lain.

Dan, bila aku menangis mengadu pada-Mu,
Aku rasa tersangat lega Ya Allah.
Aku rasa tenang dan damai bila mendekati-Mu.

Ya Allah,
Kini baru ku sedar.
Sesungguhnya,
CintaMu menandingi seluruh kekuatan cinta manusia.
CintaMu itu yang membuat aku bahagia.

Dari hamba-Mu yang leka.

April 17, 2013

Komik sepanjang zaman. Under 18 Vs Lawak Kampus.

Aku perempuan. Tapi aku suka baca komik. Apa yang aku suka, sama macam orang lain suka. Aku suka membaca, tapi bergantung pada apa yang dibaca. Kalau korang tak pernah dengar nama dua komik handalan ni, aku cadangkan korang kemana-mana bookstore terdekat dan beli sebijik. Kalau dah beli, takkan nak buang, korang try baca. Sumpah kelaka dan tak rugi pun. Bila-bila aku stress, aku akan baca komik-komik yang aku kumpul ni. Bukan satu dua siri, dua tiga empat lima siri komik ni aku beli. Sekali tu aku bawak balik, tengok2 adik aku pun terpengaruh sama dan membeli. Komik ni simple, tapi mampu buat korang ketawa. Bila stress, try tgok lukisan je tanpa dialog pun aku mampu gelak. Kawan kata aku gila, tapi bila dia baca dia gelak lagi sumpah over gila. Baru kau rasa.

Korang nak tahu mana yg lagi seronok ? Aku pun tak boleh nak kata. Dua-dua kelaka, dua-dua ade keistimewaan yang boleh menggelikan seluruh fungsi badan korang. Lawak kampus dia more kepada katun-katun comel yg ala-ala bebudak sekola rendah. sebab lukisannya lebih comel dan kecik. Hanya 4 boxes ke bwah satu episod tpi dah lawak gila. Idea lawak dia memang menjadi kalah Ujang ke apa bagai. Kalau Under 18 No fear, Aku baca komik ni dari dorang sekolah rendah, naik sekolah men sampaila dorang habis sekolah. Cerita jenis siri siri tapi setiap ending mesti ade pengajaran, walaupun citer ni lebih ganas dan brutal habis, dia punya kelaka memang kaw-kaw.

Arghh, aku malas nak kabar lebih-lebih. Macam promote pulak, tapi tak dapat upah. Buang masa, kau orang beli dan cuba baca lah. Tak seronok lah hidup kalau semua bajet hdup ala orang dewasa, tak baca komik tapi layan novel cinta, cerita cinta, status fb cinta, itu cinta ini cinta kan ? Cubalah sesekali, jadi unmatured and gelak baca komik. Awesome what komik-komik ni semua. Tapi, jgn terabai pulak semua kerja bila dah sekali baca :)  Dua komik terawesome yang buat aku teruja bila jumpa kat mana-mana. shinggg keshinggg mata bila nampak. Walau duit tiada, kerana minat ku turutkan jua membelinya :DD




Lawak Kampus By Keith




Under 18 No Fear - Kompilasi Jitu by Zint. Yang terbaru dan terhangat di pasaran yaw !


April 16, 2013

Kalau Dia pergi...

Malam itu tak secerah selalu. Bulan dilindungi awan. Dan tiada satu bintang pun bergemerlapan untuk diperhati. Angin sekadar lalu menjamah tubuh yang sememangnya dingin. Suasana restoran tempat biasaku melepak bersama Dia malam itu sunyi. Hanya satu dua orang yang sedang leka menikmati makanan. Jalan lengang walau waktu itu arah jam baru berdetik ke angka 10 malam. Sudah aku kata, malam ini tak secerah selalu. Semua isi alam senyap sunyi. 'Huhhh..' aku melepaskan keluhan kecil. Sudah hampir sejam aku duduk menunggu, orang yang ditunggu tidak juga tiba. 

Sedang aku leka bermain game 'zombie smash' dalam handphone, aku disapa seseorang yang tidak dikenali.
Dia seorang perempuan, ayu dan bermata bundar. itu sahaja yang dapat aku gambarkan apabila pertanyaannya mengimbau seribu kenangan lalu.

* * *
"Berapa kali saya nak cakap, yang saya tak mungkin cintakan awak. Kita cuma berkawan. Tak cukup ke kalau saya cuma sayangkan awak sebagai kawan ?'' Soal dia  ketika aku dengan beraninya menanyakan perasaan dia kepadaku malam itu.

''Ya, kita memang kawan dari dulu. Tapi jujur, saya dah lama cintakan awak. Dan saya tak sanggup tengok awak menangis disebabkan lelaki yang tak tahu hargai awak!'' Jawabku dengan sedikit nada tegas seolah tidak berpuas hati dengan penafian yang kononnya dia hanya sayangkan aku sebagai kawan. Sedangkan selama 5 tahun kami berkawan, semua orang boleh nampak betapa akrab dan mesranya layanan dia terhadap aku. Aku kuatkan hati meluahkan segala rasa yang terbuku setelah seminggu Dia seakan melupakan aku. Aku tahu Dia tipu.

''Awak tak tahu. Awak takkan tahu. Kita tak akan bersama. Awak boleh dapat pasangan yang lebih baik. Yang boleh cintakan awak sampai akhir hayat awak. Bukan saya...'' Jawab Dia lemah. Rambutnya yang berjurai mencecah mata disisipkan ke tepi. Matanya yang bundar sudah mula berkaca.

Macam mana aku nak tahu kalau kau tak cuba bagitahu? Macam mana aku nak dapatkan pasangan lain yang lebih baik sedangkan hati aku dah lama kau curi? Dan kenapa bukan kau yang boleh teman aku sampai mati ? Kenapa bukan kau ? kenapa ? 

Bertubi-tubi soalan berasak dalam kepala aku masa tu, tapi aku hanya diamkan. Aku tak mahu bertanya kalau itu yang dia mahu. Aku tak mahu memaksa. Aku tahu hati dia sedang bergolak sengsara. Dua tiga minggu ni kelakuan dia aneh tak seperti selalu. Dia tak lagi luangkan banyak masa diluar, ada masanya hampir seminggu dia berkurung dalam bilik. Bila ditanya, jawapannya ringkas 'Dia okay, takde pape'. Semua panggilan dan SMS aku tidak dibalas. Dia seakan menyembunyikan diri. Hanya dua minggu selepas itu Dia mula berkelakuan seperti asal. Dia dah mampu datang menemuiku dan ketawa seperti selalu. Tapi aku perasan, dalam ketawa Dia ade sendu di mata. Dia sedang menangis, ya hati Dia sedang menangis. Tapi aku tak tahu kenapa.

Sudah 5 tahun kami berkawan rapat, tak pernah Dia sembunyikan apa-apa dari aku. Segala rahsia, keburukkan atau kebaikkan Dia semua aku tahu. Dengan siapa Dia bercinta, sejauhmana hubungan Dia dengan sesiapa semua itu juga aku tahu, walau Dia tak pernah tahu aku menderita mencintainya dalam diam.  Aku hanya tersenyum bila Dia cerita bahagianya dia. Aku turut sama sedih bila Dia kecewa. Aku tak mampu buat apa-apa untuk bahagiakan Dia. Bukan, sebenarnya aku takut kehilangan  bila Dia tahu perihal hati ini.

Cuma ada satu ketika, bila Dia pulang dari menjalani satu ujian kesihatan akibat kerap pening kepala, Dia banyak mendiamkan diri. Dia dah tak rajin bercerita dan berkongsi rahsia dengan aku. Sepatah aku tanya, sepatah dia jawab. Kadang-kadang bila aku tanya, langsung tidak berjawab. Sejak itu juga Dia selalu berkurung. Bila aku tanya adakah semua tu ada kaitan dengan keputusan ujian yang diterimanya hari itu, sekeras-kerasnya Dia menidakkan. Katanya, Dia sihat dan cuma perlukan rehat. jadi aku beri Dia masa secukupnya. Fikir aku, mungkin Dia sedang kecewa kerana baru putus cinta. Tapi setahu aku, dah hampir setahun Dia tak bersama sesiapa. Setahun itu juga banyak masa Dia dihabiskan dengan aku. Arghh, aku pelik.

''Awak, saya rasa lebih baik awak lupakan saya. Jadi, kalau saya pergi, hati awak takkan terlalu derita. Saya tak mampu nak buat awak bahagia...'' Lembut genggaman Dia menyedarkan aku. 

"Mustahil.'' Kata aku sepatah. Aku tak mampu nak ungkap sebarang rasa ketika tu. Aku memang pengecut yang tak boleh pertahankan hati sendiri. Mana layak sesorang seperti aku dicintai dan mencintai.

Dia tersenyum, menarik tangannya kemas dan berdiri. Sebelum berlalu Dia toleh ke arahku dan berkata sesuatu. Sesuatu yang aku tak mengerti kenapa mesti diungkapkan kalau dia tak mahu.

Sesuatu yang perlahan-lahan menerjah kencang degupan jantungku.

* * *

''Hai..'' Sapa gadis ayu bermata bundar itu kepadaku.
Aku memandangnya hairan. Dia tersenyum. 

''Sebenarnya, Saya selalu perhatikan awak. Setiap malam awak mesti datang ke sini. Awak tunggu siapa Sebab saya tak nampak awak pesan apa-apa makanan pun ?'' Tanya dia seakan curiga. Mungkin sebab aku bersendirian, itu yang membuatkan dia ingin tahu.

''Saya tunggu seseorang..'' Balasku ringkas.

''Tapi...setiap malam selama setahun ni saya nampak awak duduk sini. Setahun awak tunggu dan dia tak juga datang ? Mustahil.''Masih dengan nada tidak berpuas hati dengan jawapanku, gadis itu bertanya lagi. Mungkin bosan menunggu jawapan dariku, dia terus berlalu. 


* * *
setahun sebelum itu...

'Jumpa awak kat restoran biasa, saya ada berita gembira untuk awak.' SMS yang aku terima daripada dia malam itu betul-betul buat aku gembira. Pantas aku bersiap menuju ke sana. Tak sabar untuk mendengarkan khabar gembira dari dia. Mungkin dia bersetuju untuk menerima aku sebagai kekasihnya, siapa tahu kan ?

Sampai sahaja di restoran dijanjikan, keadaan sunyi seperti malam itu. Siapa sangka, berita gembira yang aku tunggu hanya harapan palsu. Janjinya untuk menemuiku malam itu hanya janji palsu. Hampir 3 jam aku menunggu. Panggilan tidak berjawab. SMS tidak berbalas.

Kringggg kringggg. Telefon bimbitku berbunyi, tanpa melihat nama pemanggil di skrin aku lantas menjawab. Mungkin dia, kata hatiku.

Telefon bimbit yang aku genggam kuat terlepas. Panggilan yang aku terima bukan seperti yang aku duga. Mira, kawan baik dia menelefonku. Katanya, Dia sudah tiada. Aku hanya diam. Mira mula menceritakan satu persatu padaku. Katanya lagi, Dia telah setahun menghidapi penyakit leukimia. Padanlah setahun itu dia hanya bersamaku. Dan hanya tiga minggu lepas Doktor mengesahkan yang leukimia dihidapi Dia telah mencapai tahap kritikal. Bukan pada aku saja, pada kedua ibu bapanya juga Dia tidak cerita. Sanggup Dia memendam dan menanggung segala kesakitan itu sendiri. Sanggup Dia menipu aku tentang perasaan dia supaya aku tidak terlalu kecewa dengan pemergiannya. 

Dan semenjak itu, setahun selepas pemergian Dia, aku masih duduk di situ menunggu..Menunggu dia yang aku cinta. 

"Mustahil...''

Mustahil ? Ya memang mustahil. Memang mustahil kalau aku menunggu seseorang yang telah tiada. Yang hakikatnya telah pergi meninggalkan aku selama-lamanya. Yang mustahil akan hidup kembali semata-mata untuk menunaikan janjinya kepadaku. Memang mustahil, tapi biarlah aku tunggu selama mana asalkan aku bahagia dengan harapan palsu yang dia akan muncul juga. Biarlah aku hidup dalam kenangan yang aku sendiri cipta. Biarlah selama mana masa untuk mengubati rasa derita, aku tetap menunggu..Biarpun mustahil..


Suara terakhir Dia berkata dulu kembali terngiang di telingaku. Sesuatu yang aku tidak dapat percaya dengan jelas tapi cukup kuat membuatkan aku masih mencintainya sehingga hari itu..

''Kalau saya pergi. Saya nak awak tahu, saya cintakan awak....''







April 14, 2013

'Kemanisan' Sup Daging Pelita.


Restoran "Pelita" kepunyaan mapley malam tu penuh sesak semacam. Ramai sangat orang berpusu-pusu keluar dan masuk. Nak dikata ada perlawanan bola malam tu, tak ada pulak tapi ramainya orang yang melepak malam tu tak tergambar ramainya. Punyalah ramai macam tengok game bola kat stadium. Agak melampau kan ramainya kalau korang bayangkan ? Ke aku yang melebih-lebihkan keramaiaan mereka ni ?
Riuhnya tak usah ceritalah kan, macam kat pasar malam, pasar pagi, pasar tani dan sepasar dengannya dimana semua peniaga sibuk memasarkan barangan mentah masing-masing. Fuhh sesak !

Aku hanya perhati gelagat sesorang. Aku berjalan perlahan di belakang awek aku membiarkan dia tercangak-cangak mencari tempat duduk yang kosong untuk kami. Bukan tak gentle, aku malas nak bersesak berebut ni. Orang perempuan kan bab berebut lagi hebat. Tak gitu ?

Mata awek aku tajam memerhati tempat kosong untuk diduduki setajam mata helang nak menerkam mangsa. Serius tajam, kalau kena boleh luka. Aku tersenyum sendiri.

Tiba-tiba tangan aku di'ragut' dan ditarik dengan laju oleh awek aku, takut tempat yang di aim di sambar dek 'helang-helang' lain yang sedang berkeliaran. Aku hanya membontoti dan cuba melajukan langkah. Sempat aku menjeling beberapa mata nakal dan mulut kepoh yang tiada henti bicara memerhatikan kami. Atau mungkin aku terlalu perasan kacak seperti diperhatikan ? Argh, persetankan mereka.

Awek aku yang hanya berT-shirt lengan panjang hitam, berseluar jeans bootcut lusuh, dan bertudung mustard diselimpangkan kekiri kanan, muka tanpa sebarang alat solekan yang memplastikkan dan bibir yang semulajadi kemerahjambuan tersenyum berpuas hati ke arah aku. Aku membalas dengan satu kenyitan mata yang kononnya menggoda. Kata hati, kau cantik dan seadanya.

Sebenar-benarnya aku pelik, buang tebiat apa malam ni dia ajak aku ke sini. Jarangnya dia nak melepak kat kedai mapley malam-malam kalau bukan teman aku tengok game bola. Katanyalah, teringin nak makan roti telur. Aku turutkan sahaja, kang kempunan payah pula.

Baru sahaja kami melabuhkan punggung, sorang mapley datang mengambil pesanan. Aku kira servis kedai mamak ni memang tip top tip jugak pantasnya walau ramai. Awek aku memesan roti telur dua dan limau ais.
Dia jeling ke arah aku dan menaik-naikkan keningnya. Itu bahasa isyarat untuk soalan ''Cepatlah order, awk nak makan apa?''. Sup daging dengan Teh'O ais, kata aku pada mapley tersebut sambil tersenyum manis. (aku ni mesti nak puji diri sendiri, HAHAHA). Mapley tu angguk-angguk dan berlalu bersama pesanan kami.

Aku tenung mata awek aku, dengan bersahaja dia tenung balik mata aku. Bukan main dalam tenungannya. Sikit pun dia tak berkelip, aku sedaya upaya menahan pedihnya nak tahan mata dari berkelip jugak. Haish, lawan mata ke apa ni ? Sebab selalunya bila lawan mata, awek aku mesti juara. Dia ada trick yang mampu mengalahkan aku setiap masa. Tak adil bukan ?

Kemudian awek aku senyum, menampakkan lesung pipitnya di sebelah kanan. Manis. Aku secara tak sengaja (padahal memang tersaja) mengenyit mata. Oleh itu, secara automatiknya tanpa perlu sebarang kad kuning atau merah aku telah kalah dengan bermaruah sekali. Ya, sebab awek aku seperti biasa menggunakan taktik menipu luar biasanya itu yang bagi aku begitu kotor sekali untuk memenangi perlawanan semudah itu. Tak adil bukan si dia itu ? (Hakikatnya aku tak puas hati kenapa aku kalah)

Dicuitnya dagu aku, sambil berkata, ''Its okay sayang, TRY HARDEST next time okay ?". Aku tersenyum kelat mendengar kata semangat yang lebih kepada kutukan sebenarnya.

Beberapa minit lepastu, mapley tadi datang membawa makanan yang dipesan. Kali ni aku betul-betul konfiden bahawa khidmat restoran Pelita ini begitu mantap tap tap tap sungguh lajunya. Atau mungkin kali ini sahaja khidmat mereka pantas seperti mekdii drive'thru ? Persoalan itu kita abaikan.

Aku menadah tangan untuk membaca doa makan, awek aku meng'amin'kan. (bakal imamkan kenalah memimpin bacaan, tak gitu ?). Awek aku makan perlahan menikmati makanan sambil memandang aku yang sedang berselera menjamah sup daging yang dipesan.

Aku dongakkan kepala memandang dia. Kening aku dinaik-naikkan sebanyak empat kali. Haha. Itu bahasa isyarat bermaksud ''Pandang-pandang gua makan macamtu, lu nak apa ?''

Awek aku tersengih menampakkan barisan giginya yang teratur. Sengih semacam pulak minah ni. Kau orang tahu apa makna sengihan macamtu ? Tu maknanya dia nak mengencek sikit makanan kau. Ngencek tu maknanya dia nak mintak rasa atau mintak semua apa yang kau tengah makan. Ala macam budak-budak jeling kawan diatengah  makan aiskrim, dalam hati nak tapi malu nak cakap. Haaa, macamtulah rupa dia.

Aku tarik mangkuk sup aku ketepi, aku jeling dia dan geleng-gelengkan kepala.
''No no no, mana cukup kalau bagi awak rasa ni..'' kata aku bersahaja yang dibalasnya dengan menarik muka seribu. Bukan main masam kelat mencuka rupa dia masa tu.

Dia mendengus perlahan dan sedut air dalam gelas laju-laju sebagai tanda protes yang bagi aku tak menjejaskan selera makan aku sikit pun ketika itu. Tapi, aku ceduk sesudu dan suakan ke mulut dia. Mulanya dia hanya menjeling, kemudian dia tersenyum dan membuka mulut.

Yang lucunya kat sini, seperti yang tertera kat tajuk post kali ni, yang kalau kau orang dapat tengok cara dia makan, kompem gelak pontianak jantan kau boleh terhambur keluar adalah sebabbbbb awek aku tak reti makan sup. Ape lahaiiii peliknya.

Kau tahu, beberapa kali aku cuba suapkan sup tu dengan dagingnya, seberapa kali tu jugak kuah supnya ditelan tapi dagingnya tertinggal dalam sudu. Seberapa kali dia cuba hirup sup tu beserta dagingnya sekali, seberapa kali tu jugak tak berjaya. Apa ke cacatnya awek aku ni makan sup pun tak reti. Aku dah nak berdekah tapi dek rupa dia yang masam tu aku cover gelak baik punya. Buat-buat baik hati, aku pun ajar dia tip-tip nak makan sup daging dengan elok dan sopan tanpa digelakkan orang.

Tapi dia terus kata, ''Takpelah, taknaklah. Awk makanlah. Tak sedap pun sup tu..'' Bunyi macam putus asa je kan ?. ''Awk bukak mulut tu besar sikit, bila nak masukkan daging tu dalam mulut tarik daging ke dalam mulut guna gigi bukan bibir.'' kata aku menyuruhnya mencuba sekali lagi (Baikkan aku?).

Masih dengan muka masam, dia ikut apa aku kata dan akhirnya dia berjaya. Awek aku tepuk-tepuk tangan dua tiga kali macam baru dapat aiskrim selepas seharian berjalan di tengah panas. Punya eksaiteddd.
Kemudian dia mencebik dan kata, ''Awk jangan makan sup daging lagilah pasni ya ?''

Dan aku, seperti biasa, hanya tersenyum. Sehari lagi dengan rasa bahagia dek tercuit dengan gelagatnya.


p/s - Cinta tak perlu begitu sempurna. Kekurangan tu sebenarnya membahagiakan. Kekurangan itu kelengkapan dalam hubungan. Kerana kekurangan kau, aku ada keistimewaan untuk dikongsi bersama. Begitu juga sebaliknya :) Bila saling melengkapi, kaulah kawan dan lawan, kaulah kekasih.