July 25, 2011

: salahkah aku ?

salahkah aku , bila aku cuba mengejar rama rama .
namun terjatuh . pantas kah kau tertawa . kata yang aku tak mampu mengejar apa yang aku sukaa .
salahkah kalau aku cuma mengejar cita cita .
salahkah aku , bilamana aku mulai nak merasa bahagia .
dan kau balas dengan segenap rasa derita . yang aku tahankan sekuat jiwa .
namun kau hina dan ketawa . sebab permainan cinta yang kau hulur jua ?
salahkah aku , bila aku mulai menanam rasa cinta . tapi kau racunkan dengan bisanya dusta .
sakit hati aku tapi kau cuma kata macam tak ada apa apa .
sebab bagi kau , yang salah itu cuma aku saja .
salahkah aku , kalau aku cuma nak sedikit rasa percaya .
biar kuat pegangan yang aku bina , biar indah prinsip di dada .
tapi kau balas dengan selautan rasa curiga . kau curah sedikit sedikit sehingga aku tenggelam dalamnya ?
salah kah aku , kalau aku cuba menjadi seadilnya ? memberi sedikit hati pada mereka yang memerlukan juga .
namun kau tamak dan mahukan semuanya .
sehingga tiada kepingan hati untuk mereka yang aku cinta ??
salahkah aku , kalau aku cuma insan biasa . yang dilahirkan sebegini rupa .
tapi kau persoalkan seolah rupa ini bukan aku yang layaknya empunya ??
dan kerana itu , segala hidupku kau buat huru hara ? salahkah aku mempunyai rupa ?
dan salahkah aku , kalau aku cuma minta sedikit sahaja rasa cinta .
bilamana aku rasa aku jugak layak mencinta dan dicinta .
tapi kau taburkan dengan bermacam prasangka .
hingga diri rasa aku cuma manusia lemah yang perlu hidup sendiri tanpa cinta . salahkan aku ??
salahkah aku , bila aku menangis meratapi nasib ke pada YANG ESA ?
hanya meminta sedikit rasa lega , hanya memohon memiliki cinta-NYA && permudahkan hidupku buat selamanya ?
dan kau buat seolah olah aku lupa , yang aku juga manusia ada agama .
bila aku menangis kerana pedihnya tusukan di jiwa . kau cuma seolah olah paham seketika .
lusanya makin parah dan deras tangisan di jiwa .
salahkah kalau aku cuma melepaskan sendu rasa merana ?
dan salahkah aku kalau aku mencintai kau . meminta kau percaya . meminta kau melindungi && menjaga .
tapi kau memberi setiap rasa berlawanan dengannya ?
salah siapa ?
salahkah aku lahir ke dunia , meski hanya untuk sementara . dan kau seolah meminta aku pergi secepatnyaa .
salahkah aku bersedih kalau itu pengubat derita ??
salahkah ?

June 11, 2011

percubaan pertama..


                                    
Sekian lama, lama selepas habis skola. Aku dah tak pakai dah benda yang wajib kita sebagai seorang umat && wanita yang pelu patuhi untuk memakainya. Bukan pakai untuk tampil lebih cantik, bukan pakai untuk nampak lebih bergaya atau ikut fesyen semata-mata. Biarpun memang ramai di antaranya yang memasang niat mcmtu. Atau yg pakai sebab nak tutup sifat buruk dalam diri. Kita pun tak tahu, tapi kita selalu menilai. Dan bukan semua nilaian kita pada orang lain tu tepat && adil pd dorang. So, sebab ape pun mereka memakai itu adalah kehendak mereka && niat mereka hanya ALLAH s.w.t yang maha mengetahui.


Jujurnya, aku ni free hair. Memang aku tahu, ramai orang tak suka perempuan tak pakai tudung nih. && ada yang kata tak nak pakai konon nak tunjuk rambut cantik, nak nampak seksi && bla bla. && tak de alasan dalam mengenakan tudung kat kepala tuh, right ? What ever, you guys judge perempuan sebegini itu hak korang. But, ingat korang nak judge tu pikir dosaa. Pada aku, aku jadi diri sendiri. Korang boleh cakap apa jek tp aku adalah aku. Most of people anggap free hair woman nih JAHAT sgtt. Jahat ke ? kata itu ini, pgai mcm tu mcm nih. Memang lah tak dinafikan ada betulnya kata kata korang tuh. Memang korang bercakap atas pengalaman ataupun pengetahuan korang. But guys, korang kena ingat dalam setandan pisang tak semua busuk. && jangan sebab nila setitik rosak susu sebelanga ( ala ala karam sigh walia ). Kui kui kui :p


Bg aku, manusia nih pelbagai ragam, sikap, pandangan && segala bagai yg lain. && aku pun tak pandai nak judge orang melainkan aku nampak sendiri, even pandangan mata pun selalu menipu. Jadi, mana letaknya hak kita untuk nilai orang lain melainkan menilai diri sendiri ? its better kan ? Bagi aku jugak, tak semua perempuan free hair nih JAHAT, && tak semua perempuan bertudung nih BAIK. Semua orang ada keburukkan, kebaikkan, kelemahan && kekuatan. Bergantung pada diri untuk menilainya. Mulut orang mana boleh nak tutup kan ?? kalau nak yang sempurna pon kena lah mula dari bawah, mulakan dengan perlahan untuk berubah. Lebih baik mcm tuh, kan kan kan ? haha. So, ini lah percubaan pertama aku yang aku pakai sebab niat aku, yang aku yakin ikhlas kerana DIA. Alhamdulillah .&& aku harap aku boleh kekal pakai mcm nih, insyaALLAH.

lynndarahmat .

                                          
Thx pada dorongan kawan kawan dan yang tersayangg . thx a lots :)

June 7, 2011

macam ni lah kawan :)

post pertama blog aku . HAHA !
nak cerita sikit ni .
kisah macam ni lah kawan .
mereka yang aku gelar kawan , teman , sahabat .
segalanya ada lah mereka.
tapi aku muskil , kenapa ada sesetengah kawan tak mampu nak senyum bila lihat kawan dia bahagia ??
maybe sebab

pertama : yaaa , dia memang bukan kawan sebenar . kawan kerana suka suka, atau kawan kerana nak pengaruh jek . atau pun kawan yang memang cemburu dengan kebahagian kita. kenapa mcm tu ?

kedua : sebab dia takut melihat kita terluka . yang mana tangisan kita tangisan dia . tapi still jugak kenapa tak tumpang bahagia ?

atau 

ketiga : kawan yang memang takde perasaan , kau bahagia ke ape . lantak kau lah bagi dia . tp tu tak bermakna dia bukan kawan yang baik . maybe sikap dia jek .

keempat : kawan yang suka amil hak kita , dia memang tak kan senyum . kalau senyum pun ade niat sebaliknyaa . BEWARE kawan mcm ni . gilaa seram kott =='

HAHA ! aku bukan tawu sangatt . just sedikit pengalaman yang aku dpat selama 21 tahun hidup berkawan. macam macam kawan aku jumpa . yang senang && susah bersama , korang yang aku cintaa :)

ni mula nak cerita nih . pasal sorang kawan baik aku jugak lah. lain plak hal sorang kawan aku nih, nak kata kesian memang kesian, atau salah dia sebab salah berkawan? aku nak tolong kau pun tak boleh sangat. sebab nih jalan yang kau pilih. jalan yang kau tuju. 
nasihat aku, kejar jek kebahagiaan depan mata kalau kau da nmpak. kalau kawankawan kau tak sukaa, itu perihal mereka. bukan kawan mcm tu namanya. yang nak bahgia bila kau dengan mereka jek. bukan ke kau pun ade hak merasa indahnya cinta?
saat tuh aku sedar, sakitnya permainan berkawan dari bercinta. susah ke nak merasa bahgia bila dia bahagia? apalah salahnya kalau tumpang gembira sama?
malah kau burukkan dia , yang seinginnya membutuhkan kau sebagai pendorong lazimnya.
kasihan kasihan =='
kawan kawan juga , jangan sampai menaruh perasaan . kasihan kat kawan tu, kalu suka luahkan lah. jangan pendam, kalau tidak. dua dua merana .

to my bestie LILIANARICHIE ( bukan nama sebenar )
saya sokong apa pun yang awak buad . kejar jek cinta tu kalau itu awak punya. just cakap kat kawan kawan awk mcm ni

" tak mati lah tak kawan dengan kau "
HAHAHAHA !

May 4, 2011

post pertama saya :)

alkisahnya nak dijadikan cerita.
saya telah membuad satu blog baru memandangkan blog lama sudah lesap ditelan zaman.
dan entah kemana pasword menghilangkan diri. aiyaa =='
*okayy , bahasa sastera =='

hee , kenapa nak ada blog lagi ?
saja suka suka boleh?
tak nyusahkan sapa sapa kan kan kan ?
buad aktiviti di waktu lapang.
blog sy bukan tempat luahan perasaan sangatt pon . 
maybe adalah sikit nanti.
bukan macam blog blog yang nak duk maki hamun orangg pon.
ish ish , ade ke nak buad blog sebab nak dijadikan tempat mencurah dosa?
dosa aibkan orang?
haha , saje je tu nak perli perli sikit . bukan orang sekarang mudah terasa pon.
haha , okayy . saje jek merepek.
post pertama saya tamat :p