April 18, 2013

Surat cinta buat Pencipta.

Ya Allah,
Hari ini hati ku pedih sekali,
Aku terasa satu beban dalam jiwa,
Aku terasa mahu menangis sekuat-kuatnya,
Aku terasa seperti semuanya tak kena,

Ya Allah,
Hati ini masih sakit sekali,
Aku mahu menangis, tapi aku malu,
Aku mahu mengadu, tapi aku malu,
Aku mahu meminta pertolongan-Mu, tapi aku malu.

Ya Allah,
Hati ini masih sakit,
Aku menangis depan-Mu,
Aku luahkan segala kekusutan dan masalahku pada-Mu,
Aku mengadu di hadapan-Mu,
Aku mencari-Mu bila ku perlu.
Bodohnya aku.


Ya Allah,
Hati ini kian menangis syahdu,
Rasa terhina dan malu,
Aku malu dengan diriku, malu dengan semua,
Aku malu dengan-Mu.

Tapi Ya Allah,
Hati ini menangis tersedu-sedu,
Air mata kering tidak berlagu,
Aku menangis kerana cintaku pada hamba-Mu,
Aku menangis kerana jahilnya aku,
Aku menangis kerana sakitnya hati ditipu,

Dan Ya Allah,
ketika aku menangis mengadu pada-Mu,
Kau masih sentiasa bersamaku,
Bila aku jatuh dihina, Kau buatku semangat utk bgun semula,
Bila tiada siapa menemaniku ketika berduka, Kau ada dalam jiwa.
Bila aku sedar aku kecewa, Kau masih ada buatku bahagia.

Ya Allah,
Hinakah aku sebagai manusia yang leka ?
Yang pelupa ?
Yang mencari Kau hanya bila aku kecewa ?
Tapi Kau masih mencintaiku,
Kau kuatkan semangatku,
Kau berikanku cinta baru,
Kau lindungiku,
Kau tunjukan khilafnya aku,
Kau berikan aku kehidupan baru,
Kau sinari aku dengan hidayah dan rahmat-Mu,
Kau masih cintai aku sebagaimana hamba-Mu yg lain.

Dan, bila aku menangis mengadu pada-Mu,
Aku rasa tersangat lega Ya Allah.
Aku rasa tenang dan damai bila mendekati-Mu.

Ya Allah,
Kini baru ku sedar.
Sesungguhnya,
CintaMu menandingi seluruh kekuatan cinta manusia.
CintaMu itu yang membuat aku bahagia.

Dari hamba-Mu yang leka.

No comments:

Post a Comment